NOTA



NOTA RINGKAS PSK TING. 2


TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI

KECEMERLANGAN DIRI

Kecemerlangan diri merujuk kejayaan tahap tertinggi yang dicapai oleh seseorang individu.

Murid yang cemerlang mempunyai pencapaian yang tinggi dalam aspek-aspek berikut:

• Akademik.

• Kepemimpinan.

• Kecergasan.

• Sahsiah.



Cara-cara Mencapai Kecemerlangan Diri

Fizikal

• Amalan gaya hidup sihat (menjaga pemakanan, kebersihan diri, persekitaran, dan waktu tidur)

• Membuat catatan harian.



Mental

• Mensyukuri anugerah Tuhan.

• Bijak membahagikan masa.



KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Cara-cara Berkomunikasi dengan Bijak

• Bertolak ansur dan bertoleransi.

• Menggunakan intonasi/nada yang sesuai.

• Menerima pendapat orang lain.

• Menggunakan ungkapan yang sopan dan berhemah.



KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI

Membuat Refleksi untuk Kejayaan Diri.

• Mengenal pasti potensi diri.

• Membuat analisis /pemerhatian.

• Menerokai bidang ilmu.

• Penetapan matlamat.

• Berbincang dengan individu yang berpengalaman.

• Berani mencuba.



TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN

PERPADUAN DALAM KELUARGA

Cara-cara Mencapai Perpaduan dalam Keluarga

Sambutan hari khas keluarga

• Hari lahir.

• Majlis keagamaan.

• Hari keluarga.

• Perkahwinan.

• Ulang tahun perkahwinan.



Berkongsi suka dan duka

• Menerima anugerah.

• Kematian.

• Menyertai pertandingan.



Sokongan anggota keluarga

• Memberi nasihat/motivasi.

• Menyelesaikan konflik dalam keluarga.

• Sokongan moral dan material.

• Kasih sayang dan bimbingan.



Aktiviti keluarga

• Melancong.

• Bergotong-royong.

• Beriadah bersama-sama.



TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT

MENGHORMATI HAK ORANG LAIN

PEKA TERHADAP PERBEZAAN INDIVIDU

• Latar belakang.

• Kebolehan dan bakat.

• Keupayaan fizikal.

MENGHORMATI HAK ORANG LAIN

• Berbincang dan membidas hujah dengan sopan.

• Meminta izin sebelum menggunakan barang orang lain.

• Memberi/menyuarakan pendapat melalui saluran yang betul.



PEMUPUKAN SEMANGAT KEKITAAN

PERPADUAN DAN PERMUAFAKATAN

• Berbaik-baik dengan jiran tetangga.

• Membantu jiran ketika kecemasan.

• Menghormati budaya pelbagai bangsa.

KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN

• Menjamin keselamatan setempat.

• Menjaga keharmonian.

• Menjaga kebajikan anggota masyarakat.



TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

MUZIK

• Nobat

• Makyung.

• Opera Cina

• Dikir Barat.

ALAT MUZIK

• Gambus.

• Tabla

• Yangqin

• Sompoton.



TARIAN

• Tarian joget.

• Tarian Bharata Natyam.

• Tarian Ngajat.

• Tarian Singa.



SENI BINA

• Istana Kenangan

• Pagoda Kek Lok Si.

• A Famosa

• Istana Budaya.



PERMAINAN TRADISIONAL

• Batu Seremban

• Bulu Ayam

• Congkak.

• Catur Cina.



LUKISAN DAN KRAF TANGAN

• Ukiran

• Tenunan

• Anyaman

• Tembikar/Seramik

• Kaligrafi Cina

• Khat

• Kolam



TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

DEMOKRASI BERPARLIMEN

• Sistem pemerintahan yang memberi peluang kepada rakyat untuk membuat keputusan.

• Rakyat terlibat dalam pemerintahan melalui wakil yang dipilih.

• Raja/Sultan menjadi lambang taat setia rakyat.

• Melahirkan sebuah kerajaan Adil, Stabil, Sejahtera.

PILIHAN RAYA

PROSES-PROSES PILIHAN RAYA

• Pengumuman tarikh pilihan raya.

• Proses penamaan calon.

• Kempen pilihan raya.

• Hari mengundi.

• Proses pengiraan undi.

• Pengumuman keputusan pilihan raya.

• Ucapan calon yang menang.



PARLIMEN

KOMPONEN PARLIMEN

• Yang di-Pertuan Agong.

• Dewan Negara.

• Dewan Rakyat.



FUNGSI DAN PERANAN PARLIMEN

• Memeriksa dasar-dasar kerajaan.

• Meluluskan perbelanjaan kerajaan.

• Membuat pindaan undang-undang yang sedia ada.

• Membuat dan melulus undang-undang Persekutuan.

• Meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.



FUNGSI DAN PERANAN YANG di PERTUAN AGONG

• Menjalankan kuasa pemerintahan berpandukan perlembagaan .

• Ketua agama Islam di negeri-negeri tidak beraja dan di negeri baginda.

• Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

• Memanggil Parlimen bersidang dan menangguh serta membubarkan Parlimen.

• Melantik Peguam Negara, Ahli-ahli Dewan Negara dan Yang Dipertua Negeri.

• Melantik Perdana Menteri dan timbalannya.



PERBEZAAN ANTARA DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT

DEWAN NEGARA

• Terdiri daripada seramai 70 orang ahli.

• Ahli dewan berumur tidak kurang daripada 30 tahun.

• Jawatan dipegang selama satu penggal (tiga tahun)

• Ahli dewan dipilih daripada kalangan mereka yang mempunyai khidmat cemerlang dalam profesion masing-masing.



DEWAN RAKYAT

• Terdiri daripada seramai 219 orang ahli.

• Ahli dewan berumur tidak kurang daripada 21 tahun.

• Jawatan dipegang selama lima tahun.

• Ahli dewan dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya.



DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

• Terdapat 12 DUN di Malaysia kecuali Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.





SYARAT DAN KELAYAKAN MENJADI ADUN

• Waras akal fikiran.

• Berumur 21 tahun ke atas.

• Tidak diistiharkan muflis.

• Memenangi pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri.

• Tidak memegang jawatan berpendapatan.



RAJA BERPERLEMBAGAAN

CIRI-CIRI RAJA BERPERLEMBAGAAN

• Kuasa raja diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.

• Raja tidak berkuasa secara langsung.

• Raja dikehendaki menerima nasihat anggota kabinet dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu.

• Raja menjalankan tugas-tugas secara simbolik.



MAJLIS RAJA

BIDANG TUGAS MAJLIS RAJA-RAJA

• Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

• Pemilihan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang diPertuan Agong.

• Memelihara adat istiadat orang Melayu dan agama Islam di seluruh Persekutuan.

• Merundingkan perlantikan hakim-hakim, Ketua Audit Negara, ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihanraya.

• Mempertimbangkan perubahan sempadan negeri.

• Membincangkan perkara-perkara diraja.

• Membincangkan dasar-dasar negara.



TUGAS TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA DALAM KERAJAAN DEMOKRASI

• Setiap warganegara mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap negara.

• Warganegara yang baik ialah warganegara yang menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA

• Menjaga keamanan.

• Menyokong rancangan kerajaan.

• Taat setia kepada raja dan pemimpin.

• Menjaga imej dan nama baik negara.

• Mengundi.

AMALAN BERTERIMA KASIH KEPADA NEGARA

• Melibatkan diri dalam rancangan kerajaan.

• Menghargai kemudahan yang disediakan.

• Mengharumkan nama negara.

• Menjaga kelestarian alam sekitar.

• Menyuarakan pendapat melalui saluran yang sah.

• Mengekalkan perpaduan.



TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN

KESTABILAN DAN KEBERKESANAN JENTERA PENTADBIRAN NEGARA

STRUKTUR PEMERINTAHAN MALAYSIA

• Yang di-Pertuan Agong

• Perundangan- Parlimen.

• Eksekutif- Kabinet.

• Kehakiman- Mahkamah.

SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

• Yang di-Pertuan Agong

• Majlis Raja-raja

• Perundangan-Parlimen (Dewan Rakyat / Dewan Negara)

• Ketua Audit Negara.

• Eksekutif- Kabinet/ Kementerian/ Jabatan dan Badan-badan Kerajaan.

• Suruhanjaya

• Kehakiman- Mahkamah.

KEPIMPINAN BERWAWASAN

• Kepelbagaian budaya.

• Koridor Raya Multimedia.

• Kemajuan Infrastruktur.

• Dasar-dasar ekonomi.

• Pentadbiran berpusat.

• Wawasan 2020.

CONTOH INFRASTRUKTUR MEGA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

• Menara Berkembar Petronas (KLCC)

• Sistem Pengangkutan Aliran Ringan (LRT)

• Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

• Menara Kuala Lumpur.

• Litar Antarabangsa Sepang.

• Jambatan Pulau Pinang.



BEKERJASAMA DAN BERSATU PADU DALAM MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN

MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU

PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA( ASEAN)

• Dibentuk pada 8 Ogos 1967.

• Bertujuan mempercepat pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan menerusi kegiatan bersama.


MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU

• Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

• Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)

• Pertubuhan Negara-negara Komanwel (KOMANWEL)

• Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)

• Malaysia turut menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam.


::diperolehi sumbernya dari laman web lain...




DOWNLOAD NOTA: 


2 comments: